GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

PELANCARAN NILAM DAN WAKAF BUKU 2014

Pada tahun ini, pelancaran NILAM dan wakaf buku telah disempurnakan oleh Pn. Jamaliah bt Mohammad Buang (Pengetua SMK Ideal Heights) untuk sesi pagi dan Pn. Jamilah bt Othman (PK Petang) untuk sesi petang pada 27 Januari 2014 (Isnin).
Semasa pelancaran ini, Pn. Bavani (ketua Penyelaras NILAM sesi pagi)) dan Pn. Faizah bt Aziz (ketua Penyelaras NILAM sesi petang) telah memberi taklimat tentang program NILAM.  Persembahan ulasan buku oleh Tokoh NILAM Tingkatan Empat 2013 Ong Chai Ying dan Pembaca Terbanyak Tingkatan Satu 2013 Noor Azhana bt Abdul Majid.

Pelancaran Nilam dan Wakaf Buku telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua AJK.

PROGRAM PELITA HIDUP

Program ini merupakan program galakkan membaca yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat pukul 7.00 pg – 7.20 pg. di kantin sekolah.  Sasarannya ialah murid-murid bukan Islam yang datang awal ke sekolah.  Murid-murid yang beragama Islam pula membuat bacaan yassin di Laman Intelek.  Program ini merupakan kolabolasi PSS dengan MBMMBI di bawah tanggungjawab Pn. Ooi (GPM) dan Pn. Maheswary (GKMP Bahasa).
Pada waktu tersebut,  empat orang pengawas PSS akan membawa kotak buku dari PSS ke kantin untuk bacaan murid-murid.  Borang penggunaan disediakan supaya murid yang membuat bacaan diberi markah kokurikulum.

Semoga murid-murid dapat memanfaatkan program  ini dengan mengisi masa yang  terluang dan memupuk budaya membaca.

Orientasi PSS Tingkatan Satu

Orientasi PSS Tingkatan Satu telah dijalankan pada 20 – 23 Januari 2014.  Dalam empat hari ini semua murid Tingkatan satu telah didedahkan matlamat PSS Hamzah Fansuri, perkhidmatan PSS, waktu operasi PSS, peraturan PSS , aktiviti PSS  dan program NILAM oleh Pn. Ooi (GPM).
Murid-murid Tingkatan satu telah berada di PSS mengikut jadual yang disediakan.  Semasa orientasi ini, pertandingan kuiz dijalankan dan pengambilan gambar untuk membuat kad PSS juga dilakukan. 
Diharapkan semua murid tingkatan satu akan sentiasa mendampingi PSS untuk menimba ilmu dan menggunakan perkhidmatan PSS selepas orientasi ini.


BENGKEL NILAM DAN RAKAN PEMBACA

PSS Hamzah Fansuri telah mengadakan bengkel ini pada 21 Januari 2014 (Selasa).  Sasarannya ialah GKMP Bahasa, semua guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina  dan Bahasa Tamil serta penyelaras NILAM sesi pagi dan sesi petang.
Dalam bengkel ini Pn. Ooi (GPM) dan Pn. Bavani (Ketua penyelaras NILAM) telah memaklumkan kepada semua peserta tentang pelaksanaan NILAM dan Rakan Pembaca tahun 2014 serta program-program NILAM seperti
Celik NILAM
-          Celik Rakan Pembaca
-          Program Pelita Hidup
-          Sudut NILAM kelas / Sudut bacaan bilik guru / Sudut relaks
-          Pondok Ilmu
-          Ulasan buku
-          Akhbar dalam darjah
-          Pameran buku
-          Info hunt
-          Buku skrap
-          Pameran buku
-          Buku skrap

Diharapkan melalui bengkel yang dibuat ini pelaksanaan NILAM pada tahun ini akan dijalankan dengan lancar dan pencapaian NILAM akan dipertingkatkan.

MESYUARAT INDUK & KERJA PSS KALI 1/ 2014

Mesyuarat ini telah diadakan pada 16 Januari 2014 pada pukul 12.30 th hingga 2.30 ptg.  Semua AJK telah menghadiri mesyuarat ini yang dipengerusi oleh Pn. Jamaliah bt Mohammad Buang (Pengetua SMK Ideal Heights).  Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK dan menyerukan kerjasama semua pihak untuk membantu PSS yang menjadi nadi ilmu ke arah yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Pn. Ooi Sok Chin (GPM) telah membentangkan anggaran perbelanjaan 2014, takwim PSS dan  agihan tugas AJK.  Manakala Pn. Bavani (Ketua penyelaras NILAM) membentangkan laporan NILAM 2013 dan program NILAM 2014.

Mesyuarat ini dijalankan dengan lancar dengan banyak keputusan yang dibuat dan maklumat yang dikongsi.

GOTONG-ROYONG PSS

PSS Hamzah Fansuri telah mula beroperasi pada 2 Januari 2014 (Khamis).  Semua pengawas PSS diminta mula bertugas pada 6 Janauri 2014.  Gotong – royong membersihkan PSS telah dijalankan pada 6-10 Januari 2014 oleh pengawas PSS dengan pantauan guru.  Selepas lima hari gotong – royong dibuat, PSS Hamzah Fansuri telah kelihatan bersih dan kemas.