GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Seramai 97 orang murid Tingkatan 3 telah melibatkan diri dalam Kem Membaca 1 Malaysia pada  29 Oktober 2014.  Aktiviti ini merupakan salah satu program lepas PT3.  Kem ini bertujuan untuk memupuk tabiat membaca, mengisi masa terluang selepas PT3 dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan.
Pada hari tersebut, Pn. Ooi (GPM) telah memberi taklimat NILAM dan Rakan Pembaca.  Pn. Ooi juga menunjukkan pencapaian tahap Jauhari setiap kelas.  Penyampaian sijil NILAM dan Emas dijalankan.  Seterusnya murid-murid diminta untuk membuat pembacaan dan menyertai pertandingan ulasan buku.Hadiah diberikan kepada lima orang murid yang terbaik.


     

MAJLIS ANUGERAH TOKOH NILAM SEKOLAH

Majlis ini khas ditujukan kepada murid-murid yang aktif dalam aktiviti galakkan membaca dan NILAM. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid lebih banyak membaca dan melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam bidang pembacaan.
Senarai nama Tokoh NILAM adalah seperti di bawah:
TINGKATAN
NAMA
TINGKATAN
TINGKATAN SATU
Phuah Xin Ying

1 A
TINGKATAN DUA
Nishalini A/P Anpalagan

2 A
TINGKATAN TIGA
Nurul Izzaty bt Zamanuri

3 A
TIBNGKATAN EMPAT
Subhamesswar A/L Selvaretnam

4 C
TINGKATAN LIMA
Anis Adlina bt Isman Rohimi

5 A
SEKOLAH
Zakiyyah bt Mohd. Zahid

5 A




Penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 Oktober 2014 di Laman Intelek sempena Anugerah Kokurikulum oleh YDP PIBG En. Ooi Kek Keong.

KURSUS BAIK PULIH BUKU ZON KUANG

Kursus ini telah diadakan pada 23 September 2014 di Perpustakaan Awam Daerah Gombak.  Tiga orang pengawas PSS, GPM dan Penolong GPM telah menghadiri kursus ini.  SMK Ideal Heights telah diamanahkan menjadi AJK Persiapan dan Kemudahan dewan / tempat kursus.

Melalui kursus ini, peserta-peserta telah mendapat ilmu tentang kemahiran baik pulih buku, mengurangkan bilangan buku yang rosak dan menggunakan buku di PSS dalam jangka masa yang lama.




                                      

BULAN PSS DAN BULAN MEMBACA

Pada tahun ini Bulan PSS dan Bulan Membaca 2014 diadakan pada 30 Jun – 21 Julai.  Banyak aktiviti, program, kempen dan pertandingan telah diadakan.  Antaranya ialah Kempen sumbangan buku dari murid, guru dan university, pertandingan sudut NILAM, Tayangan PSS, Pertandingan Menulis Esei BM, BI, BC dan BT, Pertandingan Bercerita dan Pertandingan keratan akhbar. 

Semasa penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca 2014, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang pertandingan, pengunjung bertuah PSS setiap bulan, peminjam terbanyak (murid dan guru) dan  Pengawas PSS terbaik Tingkatan 1-5.