GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS





PSS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun PSS pada 4 November 2016 di Laman Intelak.  Seramai 13 orang pengawas PSS Tingkatan 5 dan 4 orang pengawas PSS cemerlang telah menghadiri jamuan ini.  AJK Kerja PSS juga turut dijemput untuk menjamu selera.

GKMP Kemanusiaan telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata dan sijil kepada pengawas PSS tingkatan 5, pengawas PSS cemerlang dan AJK Kerja PSS.

ANUGERAH TOKOH NILAM TINGKATAN DAN TOKOH NILAM SEKOLAH

Anugerah Tokoh NILAM tingkatan telah diadakan pada 8 Oktober 2016 sempena Anugerah Kokurikulum.  5 orang Tokoh NILAM tingkatan dan seorang Tokoh NILAM Sekolah telah dipilih untuk menerima anugerah ini.

LAWATAN PENANDA ARAS KE TAMAN HERBA SK SELAYANG JAYA




Empat orang AJK Taman Herba telah membuat lawatan penanda aras ke Taman Herba SK Selayang Jaya pada 30 September 2016.
Kami telah dibawa untuk melawat beratus-ratus jenis herba yang ada di sana.  En. Mohd. Nor telah memberi taklimat tentang penanaman herba kepada kami.  Guru Besar Pn. Nora juga menyumbangkan banyak jenis herba kepada kami sebagai tanda kolaborasi dan persahabatan.

KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG DI SK SERI KUNDANG

PKG Kuang telah menganjurkan khidmat bantu PSS cemerlang di SK Seri Kundang pada 23 dan 24 Ogos 2016.

KHIDMAT BANTU PSS SMK SIERRAMAS




Pn. Ooi (GPM) telah menyertai Khidmat Bantu PSS  selama tiga hari (2-4 Ogos 2016) di SMK Sierramas.



KEM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH GOMBAK



Kem Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Gombaktelah diadakan pada 18 Mei 2016 di Perpustakaan Awam Daerah Gombak.  Empat orang murid dari kelas 4A1 telah mewakili SMK Ideal Heights untuk menyertai kem ini


BENGKEL RINTIS NILAM




Pn. Ooi (GPM) telah memberikan taklimat pelaksanaan RINTIS NILAM kepada semua guru Tingkatan satu dan dua pada 28 April 2016 dan semua murid Tingkatan satu dan dua dari 9-12 Mei 2016 di PSS

KEM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH GOMBAK



Seramai empat orang calon murid dari Tingkatan 4A1 telah menyertai Kem Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Gombak pada 18 Mei 2016 di Perpustakaan Daerah Gombak

JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT




Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit telah dijalankan pada 25 April 2016.  Pada pukul 11.00-11.10 pagi, murid Tingkatan 4 dan 5 berkumpul di Laman Intelek dan PSS untuk membaca bahan bacaan yang disediakan oleh PSS.   Manakala murid Tingkatan 3 membaca bahan bacaan di kelas masing-masing.
           Selain itu, kerani-kerani di pejabat juga menyokong program ini dengan membaca selama 10 minit.  Bagi guru-guru pula, mereka juga  membaca buku, majalah atau suratkhabar di kelas, PSS atau Laman Intelek.
           Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak.  Semoga program ini akan diadakan pada masa akan datang.

PAMERAN BUKU ITBM




PSS telah menjemput ITBM mengadakan pameran buku di sekolah sempena Bulan PSS dan Bulan Membaca pada 21 April 2016.  Ramai guru dan murid tertarik dengan pameran buku bergerak ITBM. PSS juga menerima buku sumbangan daripada ITBM

BENGKEL TUTOR SPM



Bengkel Tutor SPM telah berjaya diadakan pada 18 April 2016 sempena Bulan PSS dan Bulan Membaca.  Seramai 120 orang murid dari kelas 5A1, 5A2, 5A3 dan 5A4 telah menghadiri bengkel ini.  Murid-murid tersebut akan menerima Tutor SPM secara percuma dengan sumbangan PIBG SMKIH.

BENGKEL PUBLISHER MEMBUAT BANTING

Seramai 19 orang guru SMKIH telah menyertai Bengkel Publisher Membuat Banting yang dikendalikan oleh Pn. Suriyana Ahmad Samaludin (AJK ICT PSS) pada 15 April 2016 di Makmal Komputer.

PAMERAN LUKISAN





Pameran lukisan oleh En. Mat Aris bin Suradi (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Ideal Heights) telah diadakan di PSS sepanjang Bulan PSS dan Bulan Membaca tahun 2016.

Perasmian pameran disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Samsuki bin Sudin dan Pn. Ho Yip Leong, SIP+ PPD Gombak pada 14 April 2016.

Tema pameran ini ialah " Seorang guru, seorang pelukis dan seorang penulis".  Sepanjang pameran lukisan ini berlangsung, ramai guru, murid dan staff sokongan telah berkunjung ke PSS.  

Semoga pameran ini dapat menonjolkan kebakatan dan jasa guru SMKIH dan memberi inspirasi dan motivasi kepada para guru dan murid.

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA











40 orang pengawas PSS dan rakan pembaca serta 4 orang guru PSS diiringi oleh PK Kurikulum telah melawat ke Perpustakaan Negara Malaysia pada 12 April 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


Bagi menghargai sekolah-sekolah di negeri Selangor yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai kategori teknologi pendidikan dan Pusat Sumber, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan di Sekolah Menengah  Sains Banting pada 25 Februari 2016.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Haji A. Rahman bin Hj. Ngit, mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor.
PSS Hamzah Fansuri SMK Ideal Heights telah mendapat sijil penghargaan dalam Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang.  ahniah, Idealian Menuju Puncak !