GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS





PSS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun PSS pada 4 November 2016 di Laman Intelak.  Seramai 13 orang pengawas PSS Tingkatan 5 dan 4 orang pengawas PSS cemerlang telah menghadiri jamuan ini.  AJK Kerja PSS juga turut dijemput untuk menjamu selera.

GKMP Kemanusiaan telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata dan sijil kepada pengawas PSS tingkatan 5, pengawas PSS cemerlang dan AJK Kerja PSS.

ANUGERAH TOKOH NILAM TINGKATAN DAN TOKOH NILAM SEKOLAH

Anugerah Tokoh NILAM tingkatan telah diadakan pada 8 Oktober 2016 sempena Anugerah Kokurikulum.  5 orang Tokoh NILAM tingkatan dan seorang Tokoh NILAM Sekolah telah dipilih untuk menerima anugerah ini.

LAWATAN PENANDA ARAS KE TAMAN HERBA SK SELAYANG JAYA




Empat orang AJK Taman Herba telah membuat lawatan penanda aras ke Taman Herba SK Selayang Jaya pada 30 September 2016.
Kami telah dibawa untuk melawat beratus-ratus jenis herba yang ada di sana.  En. Mohd. Nor telah memberi taklimat tentang penanaman herba kepada kami.  Guru Besar Pn. Nora juga menyumbangkan banyak jenis herba kepada kami sebagai tanda kolaborasi dan persahabatan.

KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG DI SK SERI KUNDANG

PKG Kuang telah menganjurkan khidmat bantu PSS cemerlang di SK Seri Kundang pada 23 dan 24 Ogos 2016.

KHIDMAT BANTU PSS SMK SIERRAMAS




Pn. Ooi (GPM) telah menyertai Khidmat Bantu PSS  selama tiga hari (2-4 Ogos 2016) di SMK Sierramas.



KEM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH GOMBAK



Kem Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Gombaktelah diadakan pada 18 Mei 2016 di Perpustakaan Awam Daerah Gombak.  Empat orang murid dari kelas 4A1 telah mewakili SMK Ideal Heights untuk menyertai kem ini