GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

KEMPEN JOM HADIR KE PSS

Kempen Jom Hadir ke PSS telah berlangsung dari 17 Ogos hingga 1 September 2015.  Objektif kempen ini adalah menarik minat warga sekolah ke PSS, memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Sepanjang dua minggu ini, pelbagai aktiviti telah diadakan.  Antaranya adalah pengunjung bertuah, peminjam terbanyak, permainan dalaman,pertandingan kuiz sejarah sekolah saya, pertandingan mewarna patriotism, pertandingan almanak, pertandingan kira & menang dan pameran buku daripada penerbit ‘PELANGI’.

Kempen Jom Hadir ke PSS telah mendapat sambutan yang baik daripada murid.  Penyampaian hadiah telah diadakan pada 7 September 2015.  Semoga kempen ini dapat diteruskan pada tahun depan.

         
pengunjung bertuah

        
pertandingan kuiz sejarah sekolah 
pertandingan teka & menang

pertandingan almanak
permaianan dalaman

peminjam terbanyak




Penyampaian hadiah kepada pemenang daripada pengetua

 

MESYUARAT KERJA AJK PSS

Pada 29 Julai 2015, mesyuarat kerja PSS telah diadakan.  En. Ibrahim bin Yaacob telah mempengerusikan mesyuarat ini.
Pn. Ooi telah membentangkan laporan aktiviti PSS Hamzah Fansuri dari Januari – Julai 2015,aktiviti PSS yang akan dijalankan, Keceriaan,keselamatan dan kebersihan PSS, analisa injaman bulanan mengikut pengkelasan, analisa kehadiran murid ke PSS dan koleksi bahan buku PSS.
Seterusnya pembentangan laporan disambung oleh Pn. Sathiavathi selaku penyelaras Bilik APD, Pn. Suryani wakil penyelaras Pusat Akses, Pn. Munawwarah penyelaras Makmal komputer dan Pn. Bavani Penyelaras NILAM.
Akhirnya penyampaian buletin PSS terbitan kali pertama telah diadakan oleh Pn. Suriyana kepada En. Ibrahim.






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMBACA TERBANYAK SEMESTER SATU

Majlis penyampaian hadiah kepada Pembaca Terbanyak telah diadakan pada 13 Julai 2015 dan disempurnakan oleh En. Samsuki bin Sudin (Pengetua SMK Ideal Heights).  Berikut merupakan butiran pemenag-pemenang :

JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
TINGKATAN 1
WONG XIN HUI (1A2)
AINA NAJWA BT MOHD MUSABR  (1A1)
LEE CEI MOI (1A7)
TINGKATAN 2
LAU KER XIU (2A1)
RENESKUMAR A/L MAHESWARAN (2A3)
SAMETHA A/P KUMARAVEL (2A2)
TINGKATAN 3
NURUL IZZAH BT AZMAN (3A1)
SALINI A/P MAHESVARAN (3A2)
NUR NADIAH MAISARAH BT MUHD LUTFIE (3A4)
TINGKATAN 4
YUVANRAJ A/L RAMACHANDRAN (4A6)
PEE KAR HUI (4A1)
WONG PUI SHAN (4A4)
TINGKATAN 5
NOR MARZIDA BT MAZUKI (5A1)
TEOH SOO YEE (5A5)
PREVIIN A/L THAYALAN (5A2)


Majlis ini telah memberikan kesan kepada murid untuk meningkatkan pencapaian dalam pengiktirafan NILAM dan menggalakkan mereka meningkatkan pembacaan dalam NILAM

 

KHIDMAT BANTU PKG KUANG

             PSS HAMZAH FANSURI telah dicalonkan oleh PKG Kuang untuk menyertai pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri wakil daerah Gombak.  Pada 14 Mei 2015, khidmat bantu PSS Cemerlang telah diadakan dan dihadiri oleh sembilan orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah-sekolah zon Kuang.




            Pada hari tersebut, En. Mohd. Azalan pegawai PKG Kuang telah memberi taklimat tentang kriteria-kriteria PSS Cemerlang.  Seterusnya GPM dan AJK PSS Hamzah Fansuri melawat PSS, Pusat Akses dan Bilik APD.  Selepas itu, kami mengemaskini folder-folder PSS.  Akhirnya, ucapan penghargaan disampaikan oleh Pn. Ooi (GPM SMK Ideal Heights) dan penyampaian cenderahati kepada semua GPM diadakan.




JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

775 orang murid dan 116 orang guru SMK Ideal Heights telah menyertai kempen JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 23 April 2015.  Pada pukul 10.00 pagi – 10.10 pagi, semua murid Tingkatan 3 berkumpul di antara blok A dan blok B untuk membaca buku yang disediakan oleh PSS.  Manakala murid tingkatan 4 yang berminat, berkumpul di Laman Intelek untuk membaca buku.  Bagi murid-murid Tingkatan 3 pula, mereka masing-masing membaca buku di dalam kelas.  Guru-guru dan kerani pejabat pun melibatkan diri dalam program ini.  Sijil penyertaan telah diberikan kepada semua peserta program ini.

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA

PSS telah mengadakan lawatan Pameran Buku Antarabangsa pada 25 April 2015.  29 orang pengawas PSS dan 4 orang guru telah menyertai lawatan ini.  Selepas taklimat dan sarapan, kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 9.00 pagi.  Sepanjang dua jam kami berada di PWTC banyak buku-buku tempatan dan luar negara yang dapat kami lihat.   Pengawas PSS membuat modul dengan menjawab soalan yang diberi, membuat temuramah dengan pelawat pameran buku dan menulis laporan lawatan.  Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pun balik ke sekolah dan makan tengah hari.

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS



Pada 6 April 2015 (Isnin), Majlis Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan sempena pelancaran Bulan PSS.  Seramai 42 orang pengawas sesi pagi telah dilantik dalam majlis ini.  En. Ibrahim bin Yaakob (PK Pentadbiran) telah menolong memakaikan vest kepada enam orang AJK tertinggi.  Seterusnya semua pengawas PSS membaca ikrar pengawas PSS di bawah pimpinan ketua pengawas PSS.

Majlis yang bermakna ini dianjurkan khas untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas-pengawas PSS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.

BULAN PSS DAN BULAN MEMBACA

Pada tahun ini Bulan PSS dan Bulan Membaca 2015 diadakan pada 6-27 April 2015.  Banyak aktiviti, program, kempen dan pertandingan telah diadakan.  Antaranya ialah pertandingan sudut NILAM, Tayangan PSS, Pertandingan Menulis Esei BM, BI, BC dan BT, Pertandingan peribahasa , Pertandingan keratan akhbar, pertandingan ulasan buku, pertandingan membuat risalah, kempen mempromosi buku PSS dan kempen Jom Hadir Ke PSS.
En. Ibrahim bin Yaacob (PK Pentadbiran) memberi ucapan perasmian Bulan PSS

Guru-guru menelitikan brosur pelancaran Bulan PSS

En. Ibrahim bin Yaacob menarik bunting dan menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran Bulan PSS

Tokoh NILAM Tingkatan Empat tahun 2014 membuat ulasan buku

Semasa penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca 2015, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang pertandingan dan pengunjung bertuah PSS 

BENGKEL ULASAN BUKU

GPM telah mengadakan bengkel ulasan buku pada 27 Mac 2015.  Seramai 16 orang pengawas PSS tingkatan 5 telah menghadiri bengkel ini.  Melalui bengkel ini, semua peserta telah didedahkan cara-cara membuat ulasan buku. 

GPM telah menetapkan jadual kepada pengawas PSS supaya mereka membuat ulasan buku pada setiap Khamis  semasa roll call.  Tujuannya adalah untuk mempromosi buku PSS.

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT

33 orang guru telah berjaya menghadiri  Bengkel Literasi Maklumat di PSS pada 24 Mac 2015.  Penceramah jemputan  bengkel ini ialah Pn. Rafidah bt Abdul Aziz iaitu pensyarah dari UiTM.  Dalam bengkel ini guru-guru telah didedahkan maksud Literasi, konsep maklumat, definisi literasi maklumat, kepentingan literasi maklumat, keperluan literasi maklumat dan sumber rujukan.  Bengkel siri kedua akan diadakan pada bulan Mei nanti.


BENGKEL MEMPROSES BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Pada 24 April 2015,  PSS telah mengadakan bengkel memproses BBM kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia di bilik APD.  Pn. Ooi telah memberi penerangan cara-cara mengendalikan speaker, clip mic, overhead mic dan cam scanner .  Selain itu, semua ketua panitia diminta mengisi borang senarai BBM 2015 dan menghantarkannya kepada Pn. Sathiavathi (AJK APD & BBM).  Pn. Ooi juga memaklumkan kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia untuk mengisi borang pesanan buku / BBM sekiranya ingin meminta PSS membelikan buku / BBM.  

BENGKEL MEMPROSES BUKU

Bengkel ini telah diadakan pada 9-13 Mac 2015 oleh GPM.  Pengawas PSS telah menghadiri bengkel ini yang bertempat di PSS.
Dalam bengkel ini AJK PSS telah didedahkan dengan cara memproses buku, key in buku dan letak buku di rak.

Bengkel ini telah dijalan dengan lancar.  Semoga semua pengawas PSS mendapat faedah melalui bengkel ini.

BENGKEL NILAM DAN RAKAN PEMBACA

PSS Hamzah Fansuri telah mengadakan bengkel ini pada 10 Februari 2015 (Selasa).  Sasarannya ialah GKMP Bahasa, semua guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina  dan Bahasa Tamil serta penyelaras NILAM sesi pagi dan sesi petang.
Dalam bengkel ini Pn. Ooi (GPM) dan Pn. Bavani (Ketua penyelaras NILAM) telah memaklumkan kepada semua peserta tentang pelaksanaan NILAM dan Rakan Pembaca tahun 2015 serta program-program NILAM.
Pada tahun ini, pihak PSS telah menetapkan sasaran jumlah buku yang perlu dibaca oleh setiap tingkatan iaitu
Tingkatan
SASARAN JUMLAH BUKU YANG PERLU DICATAT DALAM NILAM
JUMLAH
BM
BI

1
20
20
40
2
25
25
50
3
30
30
60
4
35
35
70
5
40
40
80


Diharapkan melalui bengkel yang dibuat ini pelaksanaan NILAM pada tahun ini akan dijalankan dengan lancar dan pencapaian NILAM akan dipertingkatkan.

ORIENTASI PSS DAN NILAM TINGKATAN SATU

Orientasi PSS Tingkatan Satu telah dijalankan pada 26-30 Januari 2015.  Dalam lima hari ini, semua murid Tingkatan satu telah didedahkan matlamat PSS Hamzah Fansuri, perkhidmatan PSS, waktu operasi PSS, peraturan PSS , aktiviti PSS  dan program NILAM oleh Pn. Ooi (GPM).
Murid-murid Tingkatan satu telah berada di PSS mengikut jadual yang disediakan.  Semasa orientasi ini, pertandingan kuiz dijalankan dan pengambilan gambar untuk membuat kad PSS juga dilakukan. 

Diharapkan semua murid tingkatan satu akan sentiasa mendampingi PSS untuk menimba ilmu dan menggunakan perkhidmatan PSS selepas orientasi ini.

PELANCARAN NILAM

Pelancaran NILAM telah diadakan pada 26 Januari 2015 di tapak perhimpunan.  Para murid dan guru mendengar taklimat tentang NILAM oleh Pn. Bavani.  Selepas itu, Selepas itu pengetua member ucapan sekaligus menarik reben bunting sebagai tanda perasmian melancaran program NILAM tahun 2015.
Seterusnya persembahan iaitu ulasan buku diadakan oleh Tokoh NILAM Tingkatan 4 tahun 2015 tentang buku yang ditulis oleh Pn. Bavani iaitu “SADANG”.

Melalui program ini, semua murid dan guru telah didedahkan tentang program dan aktiviti  NILAM sepanjang tahun ini.

MESYUARAT INDUK PSS KALI 1

Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Januari 2015 pada pukul 12.30 th hingga 2.30 ptg.  Semua AJK telah menghadiri mesyuarat ini yang dipengerusi oleh En. Samsuki bin Sudin (Pengetua SMK Ideal Heights).  Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK dan menyerukan kerjasama semua pihak untuk membantu PSS yang menjadi nadi ilmu ke arah yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Pn. Ooi Sok Chin (GPM) telah membentangkan anggaran perbelanjaan 2015, takwim PSS dan  agihan tugas AJK.  Manakala Pn. Bavani (Ketua penyelaras NILAM) membentangkan laporan NILAM 2014 dan program NILAM 2015.

Mesyuarat ini dijalankan dengan lancar dengan banyak keputusan yang dibuat dan maklumat yang dikongsi.