PSS telah
mengadakan lawatan Pameran Buku Antarabangsa pada 25 April 2015. 29 orang pengawas PSS dan 4 orang guru telah
menyertai lawatan ini. Selepas taklimat
dan sarapan, kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 9.00 pagi. Sepanjang dua jam kami berada di PWTC banyak
buku-buku tempatan dan luar negara yang dapat kami lihat. Pengawas PSS membuat modul dengan menjawab
soalan yang diberi, membuat temuramah dengan pelawat pameran buku dan menulis
laporan lawatan. Pada pukul 12.00 tengah
hari, kami pun balik ke sekolah dan makan tengah hari.
No comments:
Post a Comment