775 orang murid
dan 116 orang guru SMK Ideal Heights telah menyertai kempen JOM MEMBACA BERSAMA
10 MINIT anjuran Perbadanan Perpustakaan
Awam Selangor pada 23 April 2015. Pada
pukul 10.00 pagi – 10.10 pagi, semua murid Tingkatan 3 berkumpul di antara blok
A dan blok B untuk membaca buku yang disediakan oleh PSS. Manakala murid tingkatan 4 yang berminat,
berkumpul di Laman Intelek untuk membaca buku.
Bagi murid-murid Tingkatan 3 pula, mereka masing-masing membaca buku di
dalam kelas. Guru-guru dan kerani
pejabat pun melibatkan diri dalam program ini.
Sijil penyertaan telah diberikan kepada semua peserta program ini.
SMK IDEAL HEIGHTS JALAN BUKIT IDAMAN, 68100 BATU CAVES, SELANGOR EMAIL : psssmkih@gmail.com TEL : 03-61371944
GAMBAR PSS
LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
PSS telah
mengadakan lawatan Pameran Buku Antarabangsa pada 25 April 2015. 29 orang pengawas PSS dan 4 orang guru telah
menyertai lawatan ini. Selepas taklimat
dan sarapan, kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 9.00 pagi. Sepanjang dua jam kami berada di PWTC banyak
buku-buku tempatan dan luar negara yang dapat kami lihat. Pengawas PSS membuat modul dengan menjawab
soalan yang diberi, membuat temuramah dengan pelawat pameran buku dan menulis
laporan lawatan. Pada pukul 12.00 tengah
hari, kami pun balik ke sekolah dan makan tengah hari.
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS
Pada 6 April 2015 (Isnin), Majlis Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan sempena pelancaran Bulan PSS. Seramai 42 orang pengawas sesi pagi telah dilantik dalam majlis ini. En. Ibrahim bin Yaakob (PK Pentadbiran) telah menolong memakaikan vest kepada enam orang AJK tertinggi. Seterusnya semua pengawas PSS membaca ikrar pengawas PSS di bawah pimpinan ketua pengawas PSS.
Majlis yang
bermakna ini dianjurkan khas untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas-pengawas
PSS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi
dan penuh bertanggungjawab.
BULAN PSS DAN BULAN MEMBACA
Pada tahun ini Bulan PSS dan Bulan Membaca
2015 diadakan pada 6-27 April 2015.
Banyak aktiviti, program, kempen dan pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan sudut NILAM,
Tayangan PSS, Pertandingan Menulis Esei BM, BI, BC dan BT, Pertandingan
peribahasa , Pertandingan keratan akhbar, pertandingan ulasan buku,
pertandingan membuat risalah, kempen mempromosi buku PSS dan kempen Jom Hadir
Ke PSS.
En. Ibrahim bin Yaacob (PK Pentadbiran) memberi ucapan perasmian Bulan PSS |
Guru-guru menelitikan brosur pelancaran Bulan PSS |
En. Ibrahim bin Yaacob menarik bunting dan menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran Bulan PSS |
Tokoh NILAM Tingkatan Empat tahun 2014 membuat ulasan buku |
Semasa penutupan Bulan PSS dan Bulan
Membaca 2015, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang
pertandingan dan pengunjung bertuah PSS
BENGKEL ULASAN BUKU
GPM telah mengadakan bengkel ulasan buku
pada 27 Mac 2015. Seramai 16 orang
pengawas PSS tingkatan 5 telah menghadiri bengkel ini. Melalui bengkel ini, semua peserta telah
didedahkan cara-cara membuat ulasan buku.
GPM telah menetapkan jadual kepada pengawas
PSS supaya mereka membuat ulasan buku pada setiap Khamis semasa roll call. Tujuannya adalah untuk mempromosi buku PSS.
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT
33 orang guru telah berjaya menghadiri Bengkel Literasi Maklumat di PSS pada 24 Mac
2015. Penceramah jemputan bengkel ini ialah Pn. Rafidah bt Abdul Aziz
iaitu pensyarah dari UiTM. Dalam bengkel
ini guru-guru telah didedahkan maksud Literasi, konsep maklumat, definisi
literasi maklumat, kepentingan literasi maklumat, keperluan literasi maklumat
dan sumber rujukan. Bengkel siri kedua
akan diadakan pada bulan Mei nanti.
BENGKEL MEMPROSES BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Pada 24 April
2015, PSS telah mengadakan bengkel
memproses BBM kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia di bilik
APD. Pn. Ooi telah memberi penerangan
cara-cara mengendalikan speaker, clip mic, overhead mic dan cam scanner . Selain itu, semua ketua panitia diminta
mengisi borang senarai BBM 2015 dan menghantarkannya kepada Pn. Sathiavathi
(AJK APD & BBM). Pn. Ooi juga
memaklumkan kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia untuk mengisi
borang pesanan buku / BBM sekiranya ingin meminta PSS membelikan buku /
BBM.
BENGKEL MEMPROSES BUKU
Bengkel ini
telah diadakan pada 9-13 Mac 2015 oleh GPM.
Pengawas PSS telah menghadiri bengkel ini yang bertempat di PSS.
Dalam bengkel
ini AJK PSS telah didedahkan dengan cara memproses buku, key in buku dan letak
buku di rak.
Bengkel ini telah
dijalan dengan lancar. Semoga semua pengawas
PSS mendapat faedah melalui bengkel ini.
BENGKEL NILAM DAN RAKAN PEMBACA
PSS Hamzah Fansuri telah mengadakan bengkel ini
pada 10 Februari 2015 (Selasa).
Sasarannya ialah GKMP Bahasa, semua guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil serta
penyelaras NILAM sesi pagi dan sesi petang.
Dalam bengkel ini Pn. Ooi (GPM) dan Pn. Bavani
(Ketua penyelaras NILAM) telah memaklumkan kepada semua peserta tentang
pelaksanaan NILAM dan Rakan Pembaca tahun 2015 serta program-program NILAM.
Pada tahun ini, pihak PSS telah menetapkan
sasaran jumlah buku yang perlu dibaca oleh setiap tingkatan iaitu
Tingkatan
|
SASARAN
JUMLAH BUKU YANG PERLU DICATAT DALAM NILAM
|
JUMLAH
|
|
BM
|
BI
|
|
|
1
|
20
|
20
|
40
|
2
|
25
|
25
|
50
|
3
|
30
|
30
|
60
|
4
|
35
|
35
|
70
|
5
|
40
|
40
|
80
|
Diharapkan melalui bengkel yang dibuat ini
pelaksanaan NILAM pada tahun ini akan dijalankan dengan lancar dan pencapaian
NILAM akan dipertingkatkan.
ORIENTASI PSS DAN NILAM TINGKATAN SATU
Orientasi PSS Tingkatan Satu telah
dijalankan pada 26-30 Januari 2015.
Dalam lima hari ini, semua murid Tingkatan satu telah didedahkan
matlamat PSS Hamzah Fansuri, perkhidmatan PSS, waktu operasi PSS, peraturan PSS
, aktiviti PSS dan program NILAM oleh
Pn. Ooi (GPM).
Murid-murid Tingkatan satu telah berada di
PSS mengikut jadual yang disediakan.
Semasa orientasi ini, pertandingan kuiz dijalankan dan pengambilan
gambar untuk membuat kad PSS juga dilakukan.
PELANCARAN NILAM
Pelancaran NILAM
telah diadakan pada 26 Januari 2015 di tapak perhimpunan. Para murid dan guru mendengar taklimat
tentang NILAM oleh Pn. Bavani. Selepas
itu, Selepas itu pengetua member ucapan sekaligus menarik reben bunting sebagai
tanda perasmian melancaran program NILAM tahun 2015.
Seterusnya
persembahan iaitu ulasan buku diadakan oleh Tokoh NILAM Tingkatan 4 tahun 2015
tentang buku yang ditulis oleh Pn. Bavani iaitu “SADANG”.
Melalui program
ini, semua murid dan guru telah didedahkan tentang program dan aktiviti NILAM sepanjang tahun ini.
MESYUARAT INDUK PSS KALI 1
Mesyuarat ini telah diadakan pada
22 Januari 2015 pada pukul 12.30 th hingga 2.30 ptg. Semua AJK telah menghadiri mesyuarat ini yang
dipengerusi oleh En. Samsuki bin Sudin (Pengetua SMK Ideal Heights). Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK
dan menyerukan kerjasama semua pihak untuk membantu PSS yang menjadi nadi ilmu
ke arah yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Pn. Ooi Sok Chin (GPM) telah
membentangkan anggaran perbelanjaan 2015, takwim PSS dan agihan tugas AJK. Manakala Pn. Bavani (Ketua penyelaras NILAM)
membentangkan laporan NILAM 2014 dan program NILAM 2015.
Mesyuarat ini dijalankan dengan
lancar dengan banyak keputusan yang dibuat dan maklumat yang dikongsi.
Subscribe to:
Posts (Atom)