Seramai 97 orang murid Tingkatan
3 telah melibatkan diri dalam Kem Membaca 1 Malaysia pada 29 Oktober 2014. Aktiviti ini merupakan salah satu program
lepas PT3. Kem ini bertujuan untuk memupuk
tabiat membaca, mengisi masa terluang selepas PT3 dan menjadikan PSS sebagai
tempat rujukan.
Pada hari tersebut, Pn. Ooi (GPM)
telah memberi taklimat NILAM dan Rakan Pembaca.
Pn. Ooi juga menunjukkan pencapaian tahap Jauhari setiap kelas. Penyampaian sijil NILAM dan Emas
dijalankan. Seterusnya murid-murid
diminta untuk membuat pembacaan dan menyertai pertandingan ulasan buku.Hadiah diberikan kepada lima orang murid yang terbaik.