PSS telah mengadakan lawatan ke
Perpustakaan IIUM pada 19 April 2014. 36
orang pengawas PSS dan 4 orang guru telah menyertai lawatan ini. Selepas taklimat dan sarapan, kami bertolak
dengan menaiki bas pada pukul 9.00 pagi.
Kami disambut oleh seorang pegawai perpustakaan IIUM. Beliau telah memberi taklimat dan membawa kami
untuk melawat 4 tingkat perpustakaan IIUM.
Kemudian, kami ditunjukkan dengan cara-cara meminjam dan memulangkan
buku dengan menggunakan mesin dan kad smart.
Selepas itu, pengawas PSS membuat modul dengan menjawab soalan yang
diberi, membuat temuramah dengan pengguna perpustakaan IIUM dan menulis laporan
lawatan. Pada pukul 12.00 tengah hari,
kami pun balik ke sekolah dan makan tengah hari.
Melalui lawatan ini, pengawas PSS
telah didedahkan dengan struktur dan kemudahan-kemudahan
perpustakaan bertaraf universiti.
No comments:
Post a Comment