Pada 19 April 2014, PSS telah mengadakan bengkel memproses BBM
kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia di bilik APD. Pn. Ooi telah memberi taklimat tentang
langkah-langkah memproses BBM. Selain
itu, semua ketua panitia diminta mengisi borang senarai BBM 2014 dan
menghantarkannya kepada Pn. Sathiavathi (AJK APD & BBM). Pn. Ooi juga memaklumkan kepada semua ketua
panitia dan penolong ketua panitia untuk mengisi borang pesanan buku / BBM
sekiranya ingin meminta PSS membelikan buku / BBM.
Diharapkan melalui bengkel ini,
semua BBM 2014 akan didaftar dan diproses dengan baik dan sempurna.
No comments:
Post a Comment