GAMBAR PSS

GAMBAR PSS

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH

Pada 17 Februari 2014 (Isnin) Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah telah diadakan di dewan SMK Ideal Heights mulai pukul 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
Majlis yang bermakna ini dianjurkan khas untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
Pemimpin-pemimpin sekolah yang menerima watikah perlantikan terdiri daipada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kokurikulum, Pengawas Sukan, Pengawas SPBT, PRS, Korporator, Squad Denggi, Pengawas redaksi, Ketua Kelas dan Penolong ketua kelas sesi pagi dan sesi petang.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Ideal Heights Pn. Jamaliah bt Mohd  Buang.  Pusat Sumber Sekolah merupakan penyelaras majlis pada tahun ini.  Dengan kerjasama penuh semua AJK,  majlis penyampaian watikah perlantikan ini dijalankan denga
n jayanya.

KEM TOKOH NILAM DAERAH GOMBAK

Pada tahun ini, julung-julung kalinya SMK Ideal Heights dapat menghantar seorang calon untuk menyertai Kem Tokoh NILAM Daerah Gombak dalam kategori Bahasa Inggeris.  Subhamesswar dari tingkatan 4C telah menyertai Kem Tokoh NILAM Daerah Gombak yang telah diadakan pada 8 Mei 2014 di PKG Rawang.  Beliau telah mendapat Johan dalam perbentangan hasil kumpulan. 

Diharapkan pada tahun yang akan datang SMK Ideal Heights dapat menghantar lebih ramai calon untuk pemilihan Tokoh NILAM Daerah dan berjaya membawa pulang kejayaan.

KHIDMAT BANTU PENSYARAH UiTM SHAH ALAM

PSS Hamzah Fansuri sangat bertuah untuk mendapatkan khidmat bantu seorang pensyarah UiTM Shah Alam Pn. Rafidah bt Abdul Aziz (pensyarah Library & Information Management).  Beliau telah melawat PSS Hamzah Fansuri pada 2 Mei 2014 dari pukul 9.30 – 11.30 pg.  Pn. Rafidah telah memberi banyak cadangan untuk menaiktarafkan PSS dan sedia menawarkan bantuan pelajar UiTM untuk membantu dalam mengkatalog buku-buku PSS.  Selain itu, Pn. Rafidah juga bersetuju untuk memberi khidmat nasihat dalam merancang aktiviti-aktiviti PSS dan literasi maklumat yang boleh dijalankan oleh PSS pada masa yang akan datang.

Diharapkan hubungan kerjasama dan khidmat bantu ini dapat membantu PSS Hamzah Fansuri untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan aktiviti untuk murid dan guru SMK Ideal Heights.

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

48 orang murid dan guru SMK Ideal Heights telah menyertai kempen JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 22 April 2014.  Pada pukul 10.00 pagi – 10.10 pagi, semua orang berkumpul di Laman Intelek untuk membaca buku cerita, majalah dan suratkhabar.  Sijil penyertaan telah diberikan kepada semua peserta kempen ini.

                                      

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN IIUM

PSS telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan IIUM pada 19 April 2014.  36 orang pengawas PSS dan 4 orang guru telah menyertai lawatan ini.  Selepas taklimat dan sarapan, kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 9.00 pagi.  Kami disambut oleh seorang pegawai perpustakaan IIUM.  Beliau telah memberi taklimat dan membawa kami untuk melawat 4 tingkat perpustakaan IIUM.  Kemudian, kami ditunjukkan dengan cara-cara meminjam dan memulangkan buku dengan menggunakan mesin dan kad smart.  Selepas itu, pengawas PSS membuat modul dengan menjawab soalan yang diberi, membuat temuramah dengan pengguna perpustakaan IIUM dan menulis laporan lawatan.  Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pun balik ke sekolah dan makan tengah hari.

Melalui lawatan ini, pengawas PSS telah didedahkan dengan struktur  dan kemudahan-kemudahan perpustakaan bertaraf universiti.

BENGKEL MEMPROSES BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Pada 19 April 2014,  PSS telah mengadakan bengkel memproses BBM kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia di bilik APD.  Pn. Ooi telah memberi taklimat tentang langkah-langkah memproses BBM.  Selain itu, semua ketua panitia diminta mengisi borang senarai BBM 2014 dan menghantarkannya kepada Pn. Sathiavathi (AJK APD & BBM).  Pn. Ooi juga memaklumkan kepada semua ketua panitia dan penolong ketua panitia untuk mengisi borang pesanan buku / BBM sekiranya ingin meminta PSS membelikan buku / BBM. 

Diharapkan melalui bengkel ini, semua BBM 2014 akan didaftar dan diproses dengan baik dan sempurna.

BENGKEL KERATAN AKHBAR & MAJALAH

Bengkel ini diadakan pada 6 Mac 2014 (Khamis) oleh Pn. Ooi.  Sasarannya ialah pengawas PSS supaya mereka didedahkan cara-cara membuat keratan akhbar & majalah.  Cik Zaini (AJK Akhbar & Majalah) juga membantu dalam bengkel ini. 
Taklimat tentang cara-cara membuat keratan akhbar & majalah telah diberi oleh Pn. Ooi.  Selepas itu, pengawas PSS dibahagikan kepada kumpulan untuk membuat keratan akhbar mengikut tajuk seperti sukan, politik, pendidikan dan alam sekitar.

Diharapkan melalui bengkel ini, pengawas PSS dapat membantu PSS menghasilkan lebih banyak keratan akhbar untuk rujukan murid dan guru.

MESYUARAT PENGAWAS PSS KALI-1 DAN BENGKEL ULASAN BUKU

Mesyuarat pengawas PSS kali – 1 2014 telah diadakan pada 25 Februari 2014.  Agenda mesyuarat ini adalah pemakluman carta organisasi pengawas PSS 2014, tugasan harian dan  aktiviti PSS.  Pn. Ooi (GPM) juga memaklumkan bahawa semua pengawas PSS tingkatan 5 perlu membuat ulasan buku semasa Roll Call pada setiap hari Khamis.  Oleh itu, bengkel ulasan buku telah diadakan selepas mesyuarat ini.  Pn. Ooi telah menunjukkan cara-cara membuat ulasan buku dan format ulasan buku.  Kemudian, pengawas-pengawas PSS diminta membuat ulasan buku dengan mencari buku yang diminati di PSS dan membuat sinopsis.  Selepas itu, beberapa orang pengawas PSS diminta membentangkan ulasan bukunya.

Diharapkan melalui mesyuarat dan bengkel ini, pengawas PSS sesi 2014 dapat menjalankan tugasnya dengan lebih efisyen dan bertanggungjawab.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH

Pada 17 Februari 2014 (Isnin) Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah telah diadakan di dewan SMK Ideal Heights mulai pukul 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
Majlis yang bermakna ini dianjurkan khas untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
Pemimpin-pemimpin sekolah yang menerima watikah perlantikan terdiri daipada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kokurikulum, Pengawas Sukan, Pengawas SPBT, PRS, Korporator, Squad Denggi, Pengawas redaksi, Ketua Kelas dan Penolong ketua kelas sesi pagi dan sesi petang.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Ideal Heights Pn. Jamaliah bt Mohd  Buang.  Pusat Sumber Sekolah merupakan penyelaras majlis pada tahun ini.  Dengan kerjasama penuh semua AJK,  majlis penyampaian watikah perlantikan ini dijalankan dengan jayanya.

BENGKEL PENGURUSAN PSS

Bengkel ini telah diadakan pada 11 Februari 2014 (Selasa) oleh GPM.  Semua AJK PSS sesi pagi dan sesi petang  telah menghadiri bengkel ini yang bertempat di Laluan Sapura PSS.
Dalam bengkel ini AJK PSS telah didedahkan dengan taklimat pemprosesan buku, pengurusan PSS dan NILAM.  Para AJK PSS juga mengambil foto selepas bengkel ini untuk dimuatkan dalam papan kenyataan Carta Organisasi AJK Kerja PSS tahun 2014.

Bengkel ini telah dijalan dengan lancar.  Semoga semua AJK PSS mendapat faedah melalui bengkel ini.